Dasar Privasi

Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis ini telah dikeluarkan oleh Century World Development Sdn Bhd (No Syarikat 1125871-X) (dengan ini dirujuk sebagai “CWDSB” atau “kami”) menurut arahan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) (“Notis Privasi”). Ia menerangkan tentang jenis-jenis data yang dikumpul atau boleh mengumpul dan bagaimana kami mengumpul data tersebut, tujuan pemprosesan data tersebut, pihak-pihak yang kami dedahkan atau yang boleh mendedahkan data tersebut dan pilihan-pilihan yang diberikan kepada anda termasuk cara-cara untuk mengakses dan membuat pembetulan data peribadi tersebut.

Data Peribadi yang kami kumpul

Apabila anda membuat transaksi dengan CWDSB, kami boleh mengumpul pelbagai Data Peribadi anda, yang boleh termasuk perkara berikut (“Data Peribadi”):-

Nama, nombor kad pengenalan pendaftaran nasional, nombor passport, gambar, alamat e-mel, alamat surat menyurat, umur, nombor telefon, nombor telefon bimbit, butiran EPF, butiran SOCSO, butiran cukai pendapatan, butiran dan sejarah pekerjaan termasuk butiran mengenai gaji semasa dan gaji lepas, butiran akaun bank, butiran kad kredit, status perkahwinan, jantina, kewarganegaraan, butiran anak-anak, nama-nama saudara-mara dan bagaimana mereka berkait dengan anda termasuk maklumat untuk dihubungi dan butiran peribadi saudara-mara, minat peribadi, hobi, kemahiran, bahasa, pendidikan atau kelayakan lain yang berkaitan, pencapaian, asal etnik, butiran perujuk, rekod kesihatan, fisikal, kesihatan minda atau kondisi, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain dengan sifat yang serupa, komisen atau komisen yang didakwa atau kesalahan, orientasi seksual, pengarah dalam syarikat, pemegang saham dalam syarikat, aset, penglibatan dalam prosiding undang-undang termasuk butiran mengenai prosiding undang-undang tersebut, butiran pinjaman dan transaksi kewangan yang lain, kesolvenan, status kewangan, pemilikan hartanah, butiran pendaftaran kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang diperlukan dan bersampingan dengan perniagaan kami.

Senarai Data Peribadi yang telah dinyatakan di atas adalah tidak terhad dan boleh disertakan sekali dengan data peribadi yang lain bergantung kepada sifat urusan dan transaksi.

Cara-cara kami mengumpul Data Peribadi

Kami mengumpul Data Peribadi melalui beberapa kaedah yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

  • Maklumat atau komen yang telah anda berikan kepada kami melalui apa jua cara
  • dan/atau dengan apa jua kaedah, dan maklumat yang diperolehi secara bebas dari kami atau diberikan kepada kami daripada sumber-sumber lain yang sah.
Tujuan pengumpulan Data Peribadi

Kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut yang boleh termasuk:

  • untuk dan/atau berkait dengan urusan perniagaan dan penyediaan perkhidmatan dalam kapasiti pemaju dan lain-lain keupayaan yang sama
  • untuk dan/atau berkait dengan pemprosesan transaksi yang diperlukan yang berhubung dengan perkara yang berkaitan.
  • untuk dan/atau berkait dengan mematuhi undang-undang dan peraturan termasuk syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan atau kuasi kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia atau mahkamah undang-undang;
  • untuk dan/atau berkait dengan semua tujuan yang diperlukam dan/atau bersampingan dengan perniagaan kami dan kesemua tujuan yang diperlukan untuk atau berhubung dengan mana-mana tujuan di atas;
  • untuk dan/atau berkait dengan tujuan dalaman seperti pengauditan, analisis data, dan penyelidikan untuk memperbaiki produk-produk servis, dan komunikasi pelanggan CWDSB.
  • untuk sentiasa memaklumkan anda tentang pengumuman produk terkini CWDSB dan acara-acara akan datang.

Sila berikan notis secara bertulis kepada kami sekiranya anda ingin dikecualikan daripada senarai surat-menyurat kami;

  • untuk menghantar notis-notis penting, emel, surat, sms atau WhatsApp, seperti komunikasi mengenai pembelian dan perubahan kepada terma, syarat dan polisi syarikat. Maklumat berikut adalah penting untuk hubungan anda bersama CWDSB, oleh itu anda dinasihati untuk tidak memilih untuk dikecualikan daripada menerima komunikasi berikut.
Pendedahan Data Peribadi

Apabila memproses Data Peribadi anda, kami boleh berkongsi Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • jabatan-jabatan di dalam CWDSB termasuk mana-mana pekerja yang berada di atas dasar perlu-tahu;
  • juruaudit, peguam, perunding, penanggung insurans, penanggung insurans yang dicadangkan, penasihat, jurubank, ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firma guaman dalam bidang kuasa lain), rakan kongsi perniagaan atau yang bersekutu atau panduan rujukan undang-undang kami yang berkhidmat secara sulit kepada kami;
  • kerajaan atau kuasi kerajaan dan pihak berkuasa kawal selia di Malaysia dan di negara-negara dimana kami, juruaudit, peguam, penasihat, jurubank, ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firma guaman di dalam bidang kuasa lain), rakan kongsi perniagaan atau yang bersekutu atau panduan rujukan undang-undang kami mempunyai kehadiran atau memerlukan kelulusan atau memerlukan maklumat tersebut untuk dikemukakan;
  • semua pihak-pihak atau badan-badan lain yang membekalkan kami dengan perkhidmatan yang diperlukan dan/atau bersampingan dengan perniagaan kami;
  • pembekal pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan seperti memproses maklumat, memanjangkan kredit, memenuhi pesanan pelanggan, menghantar produk kepada anda, menguruskan dan meningkatkan data pelanggan, membekalkan servis pelanggan, mengakses minat anda dalam produk-produk dan perkhidmatan CWDSB dan menjalankan penyelidikan pelanggan atau kaji selidik kepuasan pelanggan CWDSB.

Kami boleh memproses Data Peribadi anda termasuk menghubungi anda untuk tujuan yang telah dinyatakan di sini melalui panggilan telefon, pesanan teks, e-mel, aplikasi pemesejan mudah alih merentas platform, pos, faksimili, media sosial atau dengan apa jua bentuk mod komunikasi yang ada.

Pemindahan Data Peribadi ke luar negara

Kami boleh memindahkan Data Peribadi anda ke luar negara Malaysia ketika melakukan mana-mana tujuan yang telah dinyatakan di sini.

Mengakses dan mengemaskini Data Peribadi anda

Dibawah Akta, anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda ketika membuat pembayaran terhadap bayaran yuran yang telah ditetapkan dan anda boleh meminta untuk kami membuat pembetulan ke atas mana-mana Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman melainkan pematuhan di bawah Akta telah ditolak. Kami juga boleh menggunakan budi bicara kami dalam membenarkan pembetulan yang telah diminta dan/atau boleh meminta bukti dokumentari lebih lanjut mengenai data baru tersebut untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.

Anda juga boleh menarik balik persetujuan anda atau menghadkan tujuan dan kaedah di mana kami boleh memproses Data Peribadi anda dan data peribadi yang berkaitan dengan pihak lain yang boleh dikenalpastikan daripada Data Peribadi anda.

Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai Notis Privasi kami atau anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda atau membuat pembetulan kepada Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda atau menghadkan tujuan dan kaedah di mana kami memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis kepada alamat berikut:-

Attn: Compliance Officer
Alamat: Block A, A-8-3A, Tingkat 10, Menara Uncang Emas No.85, Jalan Loke Yew 55200 Kuala Lumpur
No. Tel.: +603-9202 1303
E-mel: info@uniwalk.com.my
No. Faks.:  +603-9286 2996

Harap maklum bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda, kami masih boleh memproses Data Peribadi anda dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kami mengememaskini Notis Privasi kami dari semasa ke semasa

Kami mengkaji dan mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mengikuti perubahan yang berlaku dalam undang-undang dan praktis perniagaan. Kami ingin menasihati anda untuk mendapatkan versi Notis Privasi kami yang terkini dengan menghubungi kami atau melawat laman web kami untuk memastikan anda mengetahui versi yang terkini. Dengan terus mengarahkan kami/menggunakan servis kami/tidak menarik balik persetujuan selepas komunikasi Notis Privasi kami yang terkini, anda akan dianggap telah menerima dan memberi persetujuan kepada semakan dan kemas kini yang terkandung di dalamnya.

Data Peribadi pihak ketiga

Dengan ini anda telah mengesahkan bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada pihak-pihak di mana Data Peribadi mereka boleh diberikan kepada kami oleh anda atau yang boleh dikenalpasti daripada Data Peribadi anda di mana boleh diproses oleh kami untuk tujuan yang telah dinyatakan di sini termasuk pendedahan kepada pihak-pihak lain yang dinyatakan di sini.

Klausa Persetujuan

Sila ambil perhatian bahawa dengan melayari, mengakses, melihat, memuat turun dan/atau menggunakan Laman Web ini dan/atau menyerahkan sebarang bentuk melalui Laman Web, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Notis PDPA dan dengan ini anda telah memberikan persetujuan kepada kami dan bersetuju untuk kami memproses/terus memproses Data Peribadi anda dan yang selaras dengannya.