Penafian

Penafian ini telah diisukan oleh Century World Development Sdn. Bhd (Nombor Syarikat 1125871-X) (dengan ini dirujuk sebagai “CWDSB” atau “kami”).

Pernyataan, maklumat dan penggambaran di dalam laman web ini tidak boleh dipercayai sebagai pernyataan atau representasi fakta, dan kami tidak berhasrat untuk memberi sebarang tawaran, representasi atau waranti (sama ada secara nyata atau tersirat) daripada CWDSB atau ejennya. Khususnya, illustrasi dan persembahan seperti gambar dan lukisan adalah hanya daripada impresi artis sahaja, dan bukanlah representasi fakta.

Kami tidak menjamin atau memberi jaminan terhadap ketepatan, kelengkapan dan ketepatan jangka masa terhadap maklumat yang dinyatakan di Laman Web tersebut. Kami berhak, mengikut budi bicara secara mutlak untuk membetulkan sebarang kesilapan atau ketinggalan maklumat dalam mana-mana bahagian di dalam Laman Web dan membuat sebarang perubahan pada bila-bila masa tanpa notis.

Semua maklumat yang terkandung di dalam Laman Web termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana peralatan, bahan, kelengkapan, kemasan, pemasangan, kemudahan, pelan dan spesifikasi yang dinyatakan dalam laman web pembangunan dan tertakluk kepada perubahan yang diperlukan oleh CWDSB dan pihak berkuasa yang berkaitan. Khususnya, kawasan lantai yang dinyatakan di dalam laman web adalah ukuran anggaran dan tertakluk kepada tinjauan akhir dan perubahan.

Bahan dan maklumat yang terdapat dalam laman web ini disediakan “sebagaimana adanya” dan tidak mempunyai sebarang jaminan secara nyata atau tersirat sehingga dibenarkan menurut undang-undang.  Anda bersetuju untuk memegang CWDSB dan kesemua anak syarikatnya bebas daripada sebarang tuntutan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tuntutan atas fitnah, perbalahan perdagangan, pelanggaran harta intelek dan privasi) dan ganti rugi termasuk yuran peguamcara yang timbul daripada sebarang penyerahan daripada anda atau melalui akaun anda.